Khamis, 17 September 2015

IKS NEGARA

PENGENALAN
            Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan yang pesat dalam pembangunan, namun masih terdapat rakyat yang hidup dalam keadaan miskin terutamanya di kawasan luar Bandar. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah masalah kewangan, penceraian, ibu tunggal dan sebagainya. Melalui Rancangan Malaysia kerajaan telah melancarkan pelbagai program bagi mengurangkan kadar kemiskinan penduduk. Tumpuan program tersebut adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan cara menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran serta perniagaan yang boleh dilakukan secara kecil-kecilan. Kini bilangan golongan professional serta pekerja mahir telah meningkat manakala program pembangunan usahawan telah berjaya melahirkan ramai golongan kelas menengah khususnya dalam kalangan Bumiputera.
            Usaha bagi membasmi kemiskinan akan diambil oleh kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pembangunan Wilayah, serta agensi-agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, FELDA, RISDA, FELCRA BERHAD, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang berkaitan.
            Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada separuh. Strategi untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat akan membolehkan masyarkat Bandar dan luar Bandar yang berpendapatan rendah menyertai program yang telah diatur oleh kerajaan, seterusnya boleh meningkatkan pendapatan.
            Kewujudan IKS ini memberi suntikan kepada kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan lagi industri yang diushakan oleh masyarakat luar Bandar. IKS merupakan salah satu sumbangan pembangunan ekonomi negara. Selaras dengan ini, pelbagai pihak sudah menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Ternyata dalam memenuhi impian Negara dalam merealisasikan wawasan 2020 memerlukan sumbangan melalui IKS.
APA ITU IKS LUAR BANDAR
Malaysia merupakan merupakan sebuah Negara yang mengamalkan Industri Kecil dan Sederhana dan lebih dikenali sebagai IKS.  Kepelbagaian konsep yang boleh diterapkan melalui aspek-aspek tertentu sesustu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah,saiz aset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah Negara menggunakan unit piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dan pusing ganti tahunan tidak melebihi 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Menjadi kelaziman dalam IKS seorang pekerja akan melakukan beberapa tugas dalam satu masa operasi dijalankan. Antaranya pengeluaran, juruteknik, kerani, pegawai pemasaran, pegawai akaun dan sebagainya.
Terdapat agensi yang ditubuhkan dengan berorientasikan untuk membang7unkan dan mengkoordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti membekalkan barang siap dan separa siap.
IKS mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan produk yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sector pembuatan makanan. Sekain itu IKS juga adalah sebuah organisasi yang mudah serta ringkas yang hanya diasaskan oleh keluarga dan pekerja yang majoritinya adalah dikalangan ahli keluarga dan penduduk setempat mahupun jiran. Modal yang terhad juga menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh, MARA, dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan pinjaman daripada institusi kewangan seperti perbankan.
Premis untuk sesebuah IKS luar Bandar ini lazimnya terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Proses pengeluaran produk juga tidak menggunakan teknologi yang tinggi dan hanya menggunakan mesin yang ringkas dan menjimatkan kos. Kebayakan IKS luar Bandar di Negara ini memberi fokus kepada perushaan makanan, tekstil, batik, logam, kraf tangan, keropok dan sebagainya. 
Negara yang dalam arus perdana untuk membina sebuah Negara yang modenisasi, sesuai dalam mencapai konsep kerajaan yang diperkenalkan iaitu gagasan 1 Malaysia yang mempunyai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Hal ini merupakan kesinambungan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Rancangan Malaysia supaya tidak wujud jurang perbezaan antara masyarakat Bandar dan luar Bandar. Untuk menikmati kemakmuran Negara secara adil dan saksama kerajaan juga memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan IKS ini.














TAHAP PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR
            Dalam perkembangan Industri kecil dan sederhana di luar Bandar sangat perlahan disebabkab oleh banyk faktor. Hal ini menjadikan keadaan persaingan untuk IKS di luar Bandar kurang. Antara faktor tersebut adalah kebolehpasaran produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS. Keadaan ini berhubung dengan pemasaran produk sabagai peningkat ekonomi masyarakat luar Bandar. Persaingan dalam pemasaran sangat berdaya saing dalam membentuk pengusahaan agar berkembang lebih maju. Pasarana yang baik dan bantuan jabatan-jabatan yang berkaitan antaranya FAMA. MARA dan lain-lain. Jabatan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu IKS untuk meningkatkan pendapatan untuk menjana ekonomi.
Produk yang dihasilkan oleh IKS selalu ada persamaan, Cuma berkait dengan keupayaan dan kreatif pengusaha IKS itu sendiri dalam mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Hal ini bergantung dengan keupayaan dalam menghasilkan produk yang mempeunyai ketahanan atau kualiti yang lebih baik agar pengguna dapat menggunakan produk dalam keadaan selamat. Keyakinan seperti ini perlu ditingkatkan agar kelangsungan IKS dalam menjana ekonomi negara. Perlaksanaan usaha tersebut sebagai pemdorong memperingkatkan IKS untuk bersaing dan muncul sebagai penyumbang utama dalam industri pengeluaran Negara sejajar usaha menjadikan Negara yang menjana pendapatan tinggi.
Kos perlaksanaan IKS ditadbirurus agar pengusahaan ini berkembang tanpa berlaku kekurangan modal untuk meneruskan pengusahaan ini. Keadaan ini dapat dilaksanakan dengan adanya bantuan dari keajaan yang disalurkan melalui pinjaman yang diuruskan olah jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk membangunkan IKS untuk lebih produktif dan kompetitif dalam memacu peningkatakn ekonomi Negara. Usahasama dan pendedahan yang dilalkukan oleh kerajaan sangat perlu untuk melahirkan modal insan yang menyumbang untuk ekonomi Negara supaya berada dilandasan yang betul dan stabil jangka masa yang panjang.


Dalam proses penjenamaan produk sangat perlu untuk menghasilkan produk yang boleh berdaya saing untuk penempatkan produk dalam pemasaran. Proses ini penting agar produk penghasilan IKS mempunyai kualiti yang bagus dan baik. Penghasilan produk yang mempunyai penjenamaan yang baik dapat menembusi pasaran antarabangsa dan dapat permintaan yang tinggi seperti dalam industri HALAL yang mempunyai permintaan yang tinggi.disamping penjenamaan yang baik, proses pembungkusan perlu diambikira untuk memestikan produk yang dikeluarkan bermutu dan baik untuk pelanggan.
Pengiklanan produk juga antara faktor yang memdorong pembangunan IKS dalam sektor ekonomi Negara. Ini antara komponen yang meningkat mutu pemasaran produk dan boleh mengembangkan lagi sektor IKS di Negara kita. Permintaan akan bertambah dan meningkat dengan adanya pengiklan produk untuk IKS. Kos perlaksanaan iklan juga perlu diambikira agar pengurusan kewangan dapat dikawal dengan baik tanpa berlaku masalah yang akan merugikan pengusaha itu sendiri.
           
           









KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
            Industri pelancongan merupakan salah satu daripada saluran yang mampu mengetengahkan kepada perubahan pembangunan Negara. Melalui aktiviti pelancongan, penduduk tempatan dapat memperolehi pelbagai faedah terutamanya dari aspek ekonomi, fizikal dan sosial. Secara tidak langsung penduduk tempatan dapat meningkat hasil pendapatan keluarga. Sehubungan dengan itu, penglibatan penduduk tempatan dengan aktiviti pelancongan  seperti mengusahakan perkhidmatan pengangkutan, penginapan, kraftangan dan lain-lain lagi merupakan faktor sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.
            Dengan ini kadar pengangguran dapat dikurangkan dengan mewujudkan lebih banyak peluang perkerjaan kepada mereka yang memerlukan.Peruntukan diberikan kepada yang berminat dengan menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja. Hal ini secara tidak langsung boleh mengawal jumlah kes-kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Wujudnya peluang pekerjaan ini menyebabkan kebarangkalian rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan akan mendapat pekerjaan dengan cara yang betul bukan dengan cara yang salah.
            Selain itu, melalui IKS juga memberi peluang untuk mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Dengan ini pengagihan pendapatan Negara lebih adil kerana IKS menawarkan upah yang lebih tinggi kepada pekerja yang kurang mahir. Hbung jalin yang tersusun dan ikhlas dapat menjamin penerusan, perkembangan dan kejayaan IKS dari segi meringankan beban, kos pengurusan, penghantaran dan pemasaran.
            Produk-produk yang terhasil dari IKS sendiri dapat mengurangkan import barang pengguna dengan hanya menggunakan produk dalam negara sahaja. Dengan menggunakan kemahiran serta kebolehan dapat mencipta dan menghasilkan produk yang lebih kreatif dan unik. Ini membolehkan penawaran dan permintaan terhadap sesuatu produk meningkat. Seterusnya akan memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan. Pelbagai produk yang terhasil juga akan menyebabkan peluang untuk masyarakat menceburi bidang perushaan juga akan meningkat dan menarik minat untuk menyertai IKS.
            Rangkaian IKS turut memberi penyesuaian kepada intensif tenaga buruh dengan hanya mengeluarkan barangan atau produk yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat atau firma yang lebih besar. IKS sebagai pembekal kepada mereka. Pembuatan barangan mahupun produk seperti makanan, pakaian dan alatan perabut daripada industri kecil sekurang-kurangnya akan memenuhi kepuasan citarasa pengguna dalam negeri. Sebagai contoh, kilang yang membuat kerepek, kilang yang membuat sos, kilang kraf tangan, perushaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Lazimnya pengusaha di kalangan masyarakat luar Bandar seperti penduduk kampung yang berada di luar Bandar akan manghasilkan produk untuk para pelancong mahupun warga tempatan sendiri.
            Pengusaha IKS juga perlu bijak untuk mencari peluang-peluang bagi memasarkan produk mereka. Bermulanya berniaga secara kecil-kecilan di pasar tani seterusnya mengambil peluang jika terdapat program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti karnival Usahawan Desa atau lebih dikenali sebagai KUD sebagai medan untuk memasarkan dan memperkenalkan produk mereka.









HALANGAN DAN CABARAN IKS LUAR BANDAR
Terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam IKS luar bandar di Malaysia. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha-pengusaha yang kurang berpendidikan, mengamalkan cara pemikiran yang lama serta tidak berpandangan jauh. Mereka menggunakan teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini.  Ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi kursus yang dihadiri adalah penting untuk pengusaha IKS menguruskan perniagaan dengan lebih teratur yang akan membantu mereka lebih maju dalam perniagaan yang diceburi.

Selain itu,industri ini menghadapi cabaran dari segi modal adalah satu cabaran IKS dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara adalah kekurangan modal untuk memulakan operasi. Modal tersebut merangkumi tanah, jentera, buruh dan sebagainya.  Secara umumnya IKS sering berhadapan dengan permasalahan-permasalahan dari aspek modal dan kewangan, tenaga buruh mahir, pasaran dan pemasaran serta lokasi dan ruang pejabat. Tetapi, permasalahan yang paling utama adalah permasalahan dari aspek modal dan kewangan.Berdasarkan perangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Permasalahan ini dihadapi oleh semua pemilik IKS tanpa mengambil kira kaum sama ada Melayu, Cina, India atau kaum-kaum lain.

 Kesan ketidakcukupan modal yang diperlukan akan menghalang perkembangan saiz IKS sekaligus menyekat penggunaan teknologi moden dalam perusahaan mereka. Semua faktor tersebut diperlukan oleh usahawan. Kerajaan biasanya akan membantu usahawan yang berdaya maju. Kebanyakan industri ini juga turut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bankswasta kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.
Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini kerana ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan, misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu, pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja. Pengusaha IKS perlu mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka sempena Karnival Usahawan IKS. Tambahan pula, IKS menghadapi cabaran sengit dalam pemasaran perkhidmatan dan barangan. kebanyakan usahawan IKS mempunyai idea serta produk yang baik tetapi kurang pendedahan dari segi pemasaran.

IKS berhadapan dengan cabaran kesukaran untuk mempertahankan perhijrahan tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan dan menjadi tulang belakang
ekonomi IKS. Lazimnya tenaga kerja yang mahir akan meninggalkan IKS untuk menyertai firma- firma besar yang menawarkan gaji yang lumayan dengan pelbagai insentif. Dapatan kajian telah membuktikan penghijrahan golongan muda ke bandar juga telah mengakibatkan ramai petani terdiri daripada golongan yang lanjut usia.

Kebanyakan belia terutama graduan universiti tidak berminat mencebur diri dalam usahawan tani IKS luar bandar  Terdapat peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dalam sektor perindustrian, imej pekerjaan di sektor perindustrian yang lebih baik, dan kemudahan infrastuktur moden di bandar. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin.Sesungguhnya, untuk mengekalkan seseorang pekerja mahir bukanlah sesuatu yang mudah.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.

Selain itu, IKS menghadapi cabaran skla perolehan pendapatan yang kecil yang berpunca daripada kekurangan teknologi. Contohnya penggunaan jentera yang lama dan kuantiti pemprosesan yang kecil. Ini bermakna kuantiti pengeluaran adalah sedikit dan margin keuntungan adalah kecil. Justeru, IKS tidak akan berdaya maju jika teknologi tidak sering dengan perubahan masa.

Seterusnya, cabaran yang dihadapi IKS ialah suasana tempat kerja yang kurang kondusif dan inovatif. Teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Semua kerja terpaksa dibuat secara manual atau separa manual dan menggunakan tulang empat kerat. Ushawan sentiasa mendesak pekerja untuk bekerja lebih masa untuk meningkatkan produktivi dengan pendapatan tidak seberapa. Akhirnya, pekerja-pekerja IKS mula beralih ke sektor kerja yang lebih baik.

Situasi menjadi semakin rumit apabila ketidakupayaan dan kelemahan IKS sendiri turut menyumbang kepada berlakunya permasalahan tersebut. Kemahiran pengurusan yang lemah terutamanya pengurusan kewangan telah menyekat peluang IKS untuk mendapatkan bantuan kewangan sekaligus membantutkan perkembangan perusahaan mereka. Menurut Rahmah Ismail (1995), terdapat beberapa faktor yang membawa kepada permasalahan tersebut iaitu tingkat pelajaran formal pemilik IKS yang rendah, latihan dan kemahiran yang tidak mencukupi, kesukaran mendapatkan kelulusan iktisas dan sebagainya.
Mengikut Laporan Tahunan Industri Kecil dan Sederhana (2006), masalah utama yang dihadapi oleh usahawan IKS luar bandar adalah pengurusan hutang. Banyak yang diperkatakan tentang pengusaha IKS luar bandar yang tidak tahu membezakan antara wang syarikat dan wang mereka sendiri. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang lemah dalam kalangan usahawan IKS menyebabkan mereka mempunyai masalah membayar balik pinjaman. Dengan itu, timbul persoalan tentang amalan pengurusan perniagaan dalam kalangan usahawan IKS luar bandar .
Bermula daripada pengurusan kewangan yang tidak efektif dan efisien akan membawa kepada kurangnya penggunaan teknologi moden dalam perusahaan, kesukaran menembusi pasaran serta kualiti pengeluaran yang rendah. Jelaslah bahawa pengurusan kewangan merupakan salah satu daripada elemen penting yang menentukan prestasi bukan sahaja IKS malah semua jenis industri terutamanya semasa awal penubuhan perusahaan serta semasa mengembangkan perusahaan IKS.
















SISTEM SOKONGAN IKS LUAR BANDAR
            Dalam usaha memantapkan lagi IKS luar Bandar, kerajaan mengambil inisiatif utama dalam membantu sektor IKS. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui pertubuhan kementerian khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan berkanun iaitu Small Business Development Corporation atau dikenali sebagai SMIDEC di bawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa. Kedua-dua institusi ini bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewangan dan percukaian bagi menyelaraskan system bantuan sokongan yang dikenakan syarat dengan tujuan untuk menjamin keberkesanan seseuatu skim yang ditawarkan.
            Secara amnya, bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi kewangan dan pihak kerajaan dapat dipecahkan kepada empat bahagian iaitu :
a.    Kemudahan pembiayaan dan kewangan
b.    Khidmat runding cara/kaunseling
c.    Skim Latihan Keushawanan
d.    Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Bagi membantu pengusaha IKS dalam mendapatkan peluang-peluang
Perniagaan terdapat beberapa agensi dan badan kerajaan yang terlibat dengan konsep paying ini iaitu Persatuan Kontraktor yang sebelum ini dikenali sebagai PESAKABUMI di bawah Kementerian Kerja Raya, Majlis Amanah Rakyat atau MARA melalui Kayu Sedia, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Unit Penyertaan Bumiputera, FAMA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad melalui Besta Distributors dan Prosper melalui Kementerian Pembangunan Usahawan.
            Bagi perusahaan IKS skim bantuan dinamakan Skim Jaminan Usahawan Kecil . Jumlah yang ditawarkan adalah sebanyak RM 10, 000.00 hingga RM 50, 000.00. Tempoh pinjaman yang dibenarkan adalah di antara 1 hingga 5 tahun. Kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak kadar faedah pinjaman asas dicampurkan dengan 1.5 % setahun. Selain itu juga, melalui perushaan IKS skim yang lain yang ditawarkan adalah Skim Jaminan Anjal. Skim ini memberi jaminan pinjaman kepada usahawan di bawah Tabung Usahawan  Kecil dan Sederhana 2 (TIKS), Tabung Pemulihan Usahawan Kecil dan Sederhana (TPIKS), Tabung Usahawan Baru (TUB), dan Tabung Untuk Makanan (TUM).

 Menubuhkan koperasi untuk pengusha iks Lluar Bandar
System pengurusan pinjaman untuk IKS














LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR
            Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Pusat Transfomasi Luar Bandar sebagai sebuah hentian pelbagai perkhidmatan. Melalui kemudahan yang diberikan RTC adalah sebagai tempat untuk mengumpul dan menjual produk pertanian luar Bandar secara terus pada harga yang berpatutan. Selain itu, RTC juga memberi peluang kepada masyarakat yang berminat untuk mendapatkan kemahiran dan informasi, serta menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan.
            Sehubungan itu juga, melalui objektif perlaksanaan aktiviti produk pertanian, dapat meningkatkan pendapatan Negara dan taraf hidup golongan petani untuk membasmi kemiskinan. Selain itu, menggalakkan penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada ushawan kecil dalam mengkomersilkan sektor agro-makanan.
            Sektor IKS atau  Industri Kecil dan Sedarhana memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara kerana sektor ini mewakili 99.2 peratus daripada jumalah keseluruhan perniagaan di negara ini. Dengan kerjasama dari pihak kerajaan penting dalam memacu perkembangan ekonomi dalam usaha menjadikan negara untuk mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi dan penguasaan untuk menjadi negara pengeluar untuk satu-satu produk yang dapat pemintaan yang dari negara lain. IKS berpotensi membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang sedia ada untuk pertumbuhan masa hadapan negara.
             Dalam persekitaran perniagaan semasa, tidak dinafikan bahawa penggunaan teknologi membawa kepentingan bagi meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan IKS. Disebabkan oleh zaman yang serba canggih dan sejajar dengan dunia yang bergerak pantas memaksa industri ini untuk bergerak kehadapan seiring dengan negara-negara maju yang lain. Pengusaha IKS menggunakan kemudahan teknologi lebih dari segala sumber lain untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak pengguna dan untuk menghasilkan keuntungan dan pendapatan yang lebih lumayan. Oleh itu, penting bagi IKS mengambil langkah-langkah untuk memodenkan dan menambah baik mesin, peralatan dan operasi mereka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
            Penggunaan kemudahan teknologi  dapat membantu pengusaha IKS untuk mengetengahkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Keadaan ini membolehkan pengusaha IKS untuk meneroka pasaran baru dengan kos yang minimum dan menjimatkan masa. Dengan menggunakan kelebihan teknologi sebagai saluran jualan dan pemasaran yang berkesan, pengusaha dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli produk keluaran IKS disamping dapat meningkatkan keupayaan IKS untuk mencari pelanggan baru, tempatan dan luar negara. Kelebihan teknologi tersebut, membolehkan IKS menjadi lebih produktif dan cekap untuk lebih kompetitif dalam meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi Negara.

            Sesebuah IKS akan maju dengan ada pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, IKS dapat  membangunkan perusahaan mereka terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat untuk berkembang sehingga ke tahap global. Disamping itu juga, pinjaman yang disediakan membantu untuk membuka peluang kepada golongan IKS yang sedia ada mengembangkan perniagaan mereka selain dapat memenuhi keperluan dalam memulakan perniagaan baru. Sebagaimana yang kita telah ketahui, IKS sering dikaitkan dengan kekurangan dana untuk membeli teknologi. Bagaimanapun, ini semua akan berubah dengan adanya bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada IKS. Hasrat kerajaan untuk melihat IKS terus berkembang maju menyebabkan pinjaman dari segi kewangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam jumlah yang lebih banyak

3 ulasan:

  1. Selamat hari, saya Josef Lewis. Seorang pemberi pinjaman yang bereputasi, sah dan sah. Kami memberi pinjaman semua jenis dengan cara yang sangat cepat dan mudah, Pinjaman Peribadi, Pinjaman Kereta, Pinjaman Rumah, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Pencipta, Penyatuan Hutang. dan lain-lain

    Dapatkan diluluskan untuk pinjaman perniagaan atau peribadi hari ini dan dapatkan dana dalam minggu permohonan yang sama. Pinjaman peribadi ini boleh diluluskan tanpa mengira kredit anda dan terdapat banyak pelanggan gembira untuk menyokong tuntutan ini. Tetapi anda bukan sahaja akan mendapatkan pinjaman peribadi yang anda perlukan; anda akan mendapat yang paling murah. Inilah janji kami: Kami menjamin Kadar terendah untuk semua pinjaman dengan faedah cagaran percuma.

    Kami berusaha untuk meninggalkan kesan jangka panjang yang positif dengan melampaui jangkaan pelanggan saya dalam semua yang saya lakukan. Matlamat kami adalah untuk merawat anda dengan maruah dan rasa hormat sambil menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi tepat pada masanya. Tiada nombor jaminan sosial yang diperlukan dan tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% Dijamin. Sila balas dengan serta-merta menggunakan butiran di bawah jika berminat dengan pinjaman dan bebas daripada penipuan ..

    E-mel: progresiveloan@yahoo.com
    Panggilan / WhatsApp: +16626183756
    Laman web: https://progresivefunding.wordpress.com

    BalasPadam
  2. bet365 korean bet Archives - Komsenslot
    bet365 korean bet Archives - Komsenslot Online partenaire 1xbet Casino. Best deposit bonus codes and promotions for the best casino gaming site.

    BalasPadam
  3. Jtm Gaming Corporation Announces First 100% Acquisition of
    Jtm Gaming Corporation, formerly 성남 출장샵 JTG, is 남원 출장마사지 a 강릉 출장마사지 publicly traded corporation 경상남도 출장샵 and a 양산 출장안마 leading provider of iGaming solutions for the gaming

    BalasPadam