PENGENALAN
Walaupun Malaysia telah mencapai
kemajuan yang pesat dalam pembangunan, namun masih terdapat rakyat yang hidup
dalam keadaan miskin terutamanya di kawasan luar Bandar. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah masalah kewangan, penceraian,
ibu tunggal dan sebagainya. Melalui Rancangan Malaysia kerajaan telah
melancarkan pelbagai program bagi mengurangkan kadar kemiskinan penduduk.
Tumpuan program tersebut adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan
cara menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran serta perniagaan yang
boleh dilakukan secara kecil-kecilan. Kini bilangan golongan professional serta
pekerja mahir telah meningkat manakala program pembangunan usahawan telah
berjaya melahirkan ramai golongan kelas menengah khususnya dalam kalangan
Bumiputera.
Usaha bagi membasmi kemiskinan akan
diambil oleh kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pembangunan Wilayah, serta
agensi-agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, FELDA, RISDA, FELCRA
BERHAD, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang
berkaitan.
Kerajaan mensasarkan untuk
mengurangkan kadar kemiskinan kepada separuh. Strategi untuk membasmi
kemiskinan serta menyusun semula masyarakat akan membolehkan masyarkat Bandar
dan luar Bandar yang berpendapatan rendah menyertai program yang telah diatur
oleh kerajaan, seterusnya boleh meningkatkan pendapatan.
Kewujudan IKS ini memberi suntikan
kepada kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan
lagi industri yang diushakan oleh masyarakat luar Bandar. IKS merupakan salah
satu sumbangan pembangunan ekonomi negara. Selaras dengan ini, pelbagai pihak
sudah menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini
adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Ternyata dalam
memenuhi impian Negara dalam merealisasikan wawasan 2020 memerlukan sumbangan
melalui IKS.
APA
ITU IKS LUAR BANDAR
Malaysia
merupakan merupakan sebuah Negara yang mengamalkan Industri Kecil dan Sederhana
dan lebih dikenali sebagai IKS.
Kepelbagaian konsep yang boleh diterapkan melalui aspek-aspek tertentu
sesustu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah,saiz
aset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah Negara menggunakan unit piawai
dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS.
Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau
syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dan pusing ganti
tahunan tidak melebihi 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang. Menjadi kelaziman dalam IKS seorang pekerja akan melakukan
beberapa tugas dalam satu masa operasi dijalankan. Antaranya pengeluaran,
juruteknik, kerani, pegawai pemasaran, pegawai akaun dan sebagainya.
Terdapat
agensi yang ditubuhkan dengan berorientasikan untuk membang7unkan dan
mengkoordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri
Kecil dan Sederhana. Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti
membekalkan barang siap dan separa siap.
IKS
mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan
produk yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sector
pembuatan makanan. Sekain itu IKS juga adalah sebuah organisasi yang mudah
serta ringkas yang hanya diasaskan oleh keluarga dan pekerja yang majoritinya
adalah dikalangan ahli keluarga dan penduduk setempat mahupun jiran. Modal yang
terhad juga menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh, MARA, dan MIDF
memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan pinjaman daripada institusi
kewangan seperti perbankan.
Premis
untuk sesebuah IKS luar Bandar ini lazimnya terletak di merata tempat dan
kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Proses
pengeluaran produk juga tidak menggunakan teknologi yang tinggi dan hanya
menggunakan mesin yang ringkas dan menjimatkan kos. Kebayakan IKS luar Bandar
di Negara ini memberi fokus kepada perushaan makanan, tekstil, batik, logam,
kraf tangan, keropok dan sebagainya.
Negara
yang dalam arus perdana untuk membina sebuah Negara yang modenisasi, sesuai
dalam mencapai konsep kerajaan yang diperkenalkan iaitu gagasan 1 Malaysia yang
mempunyai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Hal ini merupakan
kesinambungan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Rancangan Malaysia
supaya tidak wujud jurang perbezaan antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.
Untuk menikmati kemakmuran Negara secara adil dan saksama kerajaan juga
memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan IKS ini.
TAHAP
PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR
Dalam perkembangan
Industri kecil dan sederhana di luar Bandar sangat perlahan disebabkab oleh
banyk faktor. Hal ini menjadikan keadaan persaingan untuk IKS di luar Bandar
kurang. Antara faktor tersebut adalah kebolehpasaran produk yang dihasilkan
oleh pengusaha IKS. Keadaan ini berhubung dengan pemasaran produk sabagai
peningkat ekonomi masyarakat luar Bandar. Persaingan dalam pemasaran sangat
berdaya saing dalam membentuk pengusahaan agar berkembang lebih maju. Pasarana yang
baik dan bantuan jabatan-jabatan yang berkaitan antaranya FAMA. MARA dan
lain-lain. Jabatan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu IKS untuk
meningkatkan pendapatan untuk menjana ekonomi.
Produk
yang dihasilkan oleh IKS selalu ada persamaan, Cuma berkait dengan keupayaan
dan kreatif pengusaha IKS itu sendiri dalam mengembangkan lagi perniagaan
tersebut. Hal ini bergantung dengan keupayaan dalam menghasilkan produk yang
mempeunyai ketahanan atau kualiti yang lebih baik agar pengguna dapat
menggunakan produk dalam keadaan selamat. Keyakinan seperti ini perlu
ditingkatkan agar kelangsungan IKS dalam menjana ekonomi negara. Perlaksanaan usaha
tersebut sebagai pemdorong memperingkatkan IKS untuk bersaing dan muncul
sebagai penyumbang utama dalam industri pengeluaran Negara sejajar usaha
menjadikan Negara yang menjana pendapatan tinggi.
Kos perlaksanaan
IKS ditadbirurus agar pengusahaan ini berkembang tanpa berlaku kekurangan modal
untuk meneruskan pengusahaan ini. Keadaan ini dapat dilaksanakan dengan adanya
bantuan dari keajaan yang disalurkan melalui pinjaman yang diuruskan olah
jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk membangunkan IKS untuk lebih
produktif dan kompetitif dalam memacu peningkatakn ekonomi Negara. Usahasama dan
pendedahan yang dilalkukan oleh kerajaan sangat perlu untuk melahirkan modal
insan yang menyumbang untuk ekonomi Negara supaya berada dilandasan yang betul
dan stabil jangka masa yang panjang.
Dalam
proses penjenamaan produk sangat perlu untuk menghasilkan produk yang boleh
berdaya saing untuk penempatkan produk dalam pemasaran. Proses ini penting agar
produk penghasilan IKS mempunyai kualiti yang bagus dan baik. Penghasilan
produk yang mempunyai penjenamaan yang baik dapat menembusi pasaran antarabangsa
dan dapat permintaan yang tinggi seperti dalam industri HALAL yang mempunyai
permintaan yang tinggi.disamping penjenamaan yang baik, proses pembungkusan
perlu diambikira untuk memestikan produk yang dikeluarkan bermutu dan baik
untuk pelanggan.
Pengiklanan
produk juga antara faktor yang memdorong pembangunan IKS dalam sektor ekonomi Negara.
Ini antara komponen yang meningkat mutu pemasaran produk dan boleh
mengembangkan lagi sektor IKS di Negara kita. Permintaan akan bertambah dan meningkat
dengan adanya pengiklan produk untuk IKS. Kos perlaksanaan iklan juga perlu
diambikira agar pengurusan kewangan dapat dikawal dengan baik tanpa berlaku
masalah yang akan merugikan pengusaha itu sendiri.
KEPENTINGAN
DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
Industri pelancongan merupakan salah
satu daripada saluran yang mampu mengetengahkan kepada perubahan pembangunan Negara.
Melalui aktiviti pelancongan, penduduk tempatan dapat memperolehi pelbagai
faedah terutamanya dari aspek ekonomi, fizikal dan sosial. Secara tidak
langsung penduduk tempatan dapat meningkat hasil pendapatan keluarga. Sehubungan
dengan itu, penglibatan penduduk tempatan dengan aktiviti pelancongan seperti mengusahakan perkhidmatan
pengangkutan, penginapan, kraftangan dan lain-lain lagi merupakan faktor
sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.
Dengan ini kadar pengangguran dapat
dikurangkan dengan mewujudkan lebih banyak peluang perkerjaan kepada mereka
yang memerlukan.Peruntukan diberikan kepada yang berminat dengan menyediakan
latihan dan kemahiran kepada pekerja. Hal ini secara tidak langsung boleh
mengawal jumlah kes-kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Wujudnya peluang
pekerjaan ini menyebabkan kebarangkalian rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan
akan mendapat pekerjaan dengan cara yang betul bukan dengan cara yang salah.
Selain itu, melalui IKS juga memberi
peluang untuk mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin
dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Dengan
ini pengagihan pendapatan Negara lebih adil kerana IKS menawarkan upah yang
lebih tinggi kepada pekerja yang kurang mahir. Hbung jalin yang tersusun dan ikhlas
dapat menjamin penerusan, perkembangan dan kejayaan IKS dari segi meringankan
beban, kos pengurusan, penghantaran dan pemasaran.
Produk-produk yang terhasil dari IKS
sendiri dapat mengurangkan import barang pengguna dengan hanya menggunakan
produk dalam negara sahaja. Dengan menggunakan kemahiran serta kebolehan dapat
mencipta dan menghasilkan produk yang lebih kreatif dan unik. Ini membolehkan
penawaran dan permintaan terhadap sesuatu produk meningkat. Seterusnya akan
memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan. Pelbagai produk yang terhasil
juga akan menyebabkan peluang untuk masyarakat menceburi bidang perushaan juga
akan meningkat dan menarik minat untuk menyertai IKS.
Rangkaian IKS turut memberi
penyesuaian kepada intensif tenaga buruh dengan hanya mengeluarkan barangan
atau produk yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat atau firma yang lebih
besar. IKS sebagai pembekal kepada mereka. Pembuatan barangan mahupun produk
seperti makanan, pakaian dan alatan perabut daripada industri kecil sekurang-kurangnya
akan memenuhi kepuasan citarasa pengguna dalam negeri. Sebagai contoh, kilang
yang membuat kerepek, kilang yang membuat sos, kilang kraf tangan, perushaan
batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Lazimnya pengusaha di kalangan
masyarakat luar Bandar seperti penduduk kampung yang berada di luar Bandar akan
manghasilkan produk untuk para pelancong mahupun warga tempatan sendiri.
Pengusaha IKS juga perlu bijak untuk
mencari peluang-peluang bagi memasarkan produk mereka. Bermulanya berniaga
secara kecil-kecilan di pasar tani seterusnya mengambil peluang jika terdapat
program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti karnival Usahawan Desa atau lebih
dikenali sebagai KUD sebagai medan untuk memasarkan dan memperkenalkan produk
mereka.
HALANGAN
DAN CABARAN IKS LUAR BANDAR
Terdapat
pelbagai halangan dan cabaran dalam IKS luar bandar di Malaysia. Antara cabaran
utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan
pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan
luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha-pengusaha yang kurang
berpendidikan, mengamalkan cara pemikiran yang lama serta tidak
berpandangan jauh. Mereka menggunakan teknologi yang rendah kerana tidak
memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran
yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri
ini. Ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi kursus yang dihadiri adalah
penting untuk pengusaha IKS menguruskan perniagaan dengan lebih teratur yang
akan membantu mereka lebih maju dalam perniagaan yang diceburi.
Selain
itu,industri ini menghadapi cabaran dari segi modal adalah satu cabaran IKS
dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara adalah kekurangan modal untuk
memulakan operasi. Modal tersebut merangkumi tanah, jentera, buruh dan
sebagainya. Secara umumnya IKS sering berhadapan dengan
permasalahan-permasalahan dari aspek modal dan kewangan, tenaga buruh mahir,
pasaran dan pemasaran serta lokasi dan ruang pejabat. Tetapi, permasalahan yang
paling utama adalah permasalahan dari aspek modal dan kewangan.Berdasarkan
perangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Permasalahan ini
dihadapi oleh semua pemilik IKS tanpa mengambil kira kaum sama ada Melayu,
Cina, India atau kaum-kaum lain.
Kesan
ketidakcukupan modal yang diperlukan akan menghalang perkembangan saiz IKS
sekaligus menyekat penggunaan teknologi moden dalam perusahaan mereka. Semua
faktor tersebut diperlukan oleh usahawan. Kerajaan biasanya akan membantu
usahawan yang berdaya maju. Kebanyakan industri ini juga turut menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bankswasta kerana syarat-syarat
pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha
IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit
selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.
Aspek
pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini kerana ruang atau
skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan, misalnya makanan
tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar
menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan
promosi. Oleh itu, pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar
sahaja. Pengusaha IKS perlu mengambil kesempatan mempromosikan produk
mereka sempena Karnival Usahawan IKS. Tambahan pula, IKS menghadapi
cabaran sengit dalam pemasaran perkhidmatan dan barangan. kebanyakan usahawan
IKS mempunyai idea serta produk yang baik tetapi kurang pendedahan dari segi
pemasaran.
IKS
berhadapan dengan cabaran kesukaran untuk mempertahankan perhijrahan tenaga
kerja mahir. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan dan menjadi tulang belakang
ekonomi
IKS. Lazimnya tenaga kerja yang mahir akan meninggalkan IKS untuk menyertai
firma- firma besar yang menawarkan gaji yang lumayan dengan pelbagai insentif.
Dapatan kajian telah membuktikan penghijrahan golongan muda ke bandar juga
telah mengakibatkan ramai petani terdiri daripada golongan yang lanjut usia.
Kebanyakan
belia terutama graduan universiti tidak berminat mencebur diri dalam usahawan
tani IKS luar bandar Terdapat peluang
pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dalam sektor
perindustrian, imej pekerjaan di sektor perindustrian yang lebih baik, dan
kemudahan infrastuktur moden di bandar. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui
pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin.Sesungguhnya,
untuk mengekalkan seseorang pekerja mahir bukanlah sesuatu yang mudah.
Satu
lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah
dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini.
Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran
dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan
mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida
kemudahan stor juga menjadi masalah.
Selain
itu, IKS menghadapi cabaran skla perolehan pendapatan yang kecil yang berpunca
daripada kekurangan teknologi. Contohnya penggunaan jentera yang lama dan
kuantiti pemprosesan yang kecil. Ini bermakna kuantiti pengeluaran adalah
sedikit dan margin keuntungan adalah kecil. Justeru, IKS tidak akan berdaya
maju jika teknologi tidak sering dengan perubahan masa.
Seterusnya,
cabaran yang dihadapi IKS ialah suasana tempat kerja yang kurang kondusif dan
inovatif. Teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci
utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan
baru di dalam pasaran. Semua kerja terpaksa dibuat secara manual atau
separa manual dan menggunakan tulang empat kerat. Ushawan sentiasa mendesak
pekerja untuk bekerja lebih masa untuk meningkatkan produktivi dengan
pendapatan tidak seberapa. Akhirnya, pekerja-pekerja IKS mula beralih ke sektor
kerja yang lebih baik.
Situasi
menjadi semakin rumit apabila ketidakupayaan dan kelemahan IKS sendiri turut
menyumbang kepada berlakunya permasalahan tersebut. Kemahiran pengurusan yang
lemah terutamanya pengurusan kewangan telah menyekat peluang IKS untuk
mendapatkan bantuan kewangan sekaligus membantutkan perkembangan perusahaan
mereka. Menurut Rahmah Ismail (1995), terdapat beberapa faktor yang membawa
kepada permasalahan tersebut iaitu tingkat pelajaran formal pemilik IKS yang
rendah, latihan dan kemahiran yang tidak mencukupi, kesukaran mendapatkan
kelulusan iktisas dan sebagainya.
Mengikut
Laporan Tahunan Industri Kecil dan Sederhana (2006), masalah utama yang dihadapi
oleh usahawan IKS luar bandar adalah pengurusan hutang. Banyak yang
diperkatakan tentang pengusaha IKS luar bandar yang tidak tahu membezakan
antara wang syarikat dan wang mereka sendiri. Pengetahuan dan kemahiran
pengurusan kewangan yang lemah dalam kalangan usahawan IKS menyebabkan mereka
mempunyai masalah membayar balik pinjaman. Dengan itu, timbul persoalan tentang
amalan pengurusan perniagaan dalam kalangan usahawan IKS luar bandar .
Bermula
daripada pengurusan kewangan yang tidak efektif dan efisien akan membawa kepada
kurangnya penggunaan teknologi moden dalam perusahaan, kesukaran menembusi
pasaran serta kualiti pengeluaran yang rendah. Jelaslah bahawa pengurusan
kewangan merupakan salah satu daripada elemen penting yang menentukan prestasi
bukan sahaja IKS malah semua jenis industri terutamanya semasa awal penubuhan
perusahaan serta semasa mengembangkan perusahaan IKS.
SISTEM SOKONGAN IKS LUAR
BANDAR
Dalam usaha
memantapkan lagi IKS luar Bandar, kerajaan mengambil inisiatif utama dalam
membantu sektor IKS. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui pertubuhan
kementerian khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang dikenali sebagai
Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan berkanun iaitu Small Business
Development Corporation atau dikenali sebagai SMIDEC di bawah Kementerian
Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa. Kedua-dua institusi ini
bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewangan dan percukaian bagi
menyelaraskan system bantuan sokongan yang dikenakan syarat dengan tujuan untuk
menjamin keberkesanan seseuatu skim yang ditawarkan.
Secara amnya, bantuan sokongan yang
disediakan oleh institusi kewangan dan pihak kerajaan dapat dipecahkan kepada
empat bahagian iaitu :
a. Kemudahan
pembiayaan dan kewangan
b. Khidmat
runding cara/kaunseling
c. Skim
Latihan Keushawanan
d. Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D)
Bagi
membantu pengusaha IKS dalam mendapatkan peluang-peluang
Perniagaan
terdapat beberapa agensi dan badan kerajaan yang terlibat dengan konsep paying
ini iaitu Persatuan Kontraktor yang sebelum ini dikenali sebagai PESAKABUMI di
bawah Kementerian Kerja Raya, Majlis Amanah Rakyat atau MARA melalui Kayu
Sedia, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Unit Penyertaan
Bumiputera, FAMA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad melalui Besta Distributors
dan Prosper melalui Kementerian Pembangunan Usahawan.
Bagi perusahaan IKS skim bantuan
dinamakan Skim Jaminan Usahawan Kecil . Jumlah yang ditawarkan adalah sebanyak
RM 10, 000.00 hingga RM 50, 000.00. Tempoh pinjaman yang dibenarkan adalah di
antara 1 hingga 5 tahun. Kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak kadar
faedah pinjaman asas dicampurkan dengan 1.5 % setahun. Selain itu juga, melalui
perushaan IKS skim yang lain yang ditawarkan adalah Skim Jaminan Anjal. Skim
ini memberi jaminan pinjaman kepada usahawan di bawah Tabung Usahawan Kecil dan Sederhana 2 (TIKS), Tabung
Pemulihan Usahawan Kecil dan Sederhana (TPIKS), Tabung Usahawan Baru (TUB), dan
Tabung Untuk Makanan (TUM).
Menubuhkan koperasi untuk
pengusha iks Lluar Bandar
System pengurusan pinjaman
untuk IKS
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR
Baru-baru ini
kerajaan telah memperkenalkan Pusat Transfomasi Luar Bandar sebagai sebuah
hentian pelbagai perkhidmatan. Melalui kemudahan yang diberikan RTC adalah
sebagai tempat untuk mengumpul dan menjual produk pertanian luar Bandar secara
terus pada harga yang berpatutan. Selain itu, RTC juga memberi peluang kepada
masyarakat yang berminat untuk mendapatkan kemahiran dan informasi, serta
menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan.
Sehubungan itu juga, melalui
objektif perlaksanaan aktiviti produk pertanian, dapat meningkatkan pendapatan
Negara dan taraf hidup golongan petani untuk membasmi kemiskinan. Selain itu,
menggalakkan penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada ushawan
kecil dalam mengkomersilkan sektor agro-makanan.
Sektor IKS atau Industri Kecil dan Sedarhana memainkan
peranan dalam pembangunan ekonomi negara kerana sektor ini mewakili 99.2
peratus daripada jumalah keseluruhan perniagaan di negara ini. Dengan kerjasama
dari pihak kerajaan penting dalam memacu perkembangan ekonomi dalam usaha
menjadikan negara untuk mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi dan
penguasaan untuk menjadi negara pengeluar untuk satu-satu produk yang dapat
pemintaan yang dari negara lain. IKS berpotensi membuat sumbangan yang besar
kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana
pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang sedia ada untuk
pertumbuhan masa hadapan negara.
Dalam
persekitaran perniagaan semasa, tidak dinafikan bahawa penggunaan teknologi
membawa kepentingan bagi meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan IKS. Disebabkan
oleh zaman yang serba canggih dan sejajar dengan dunia yang bergerak pantas
memaksa industri ini untuk bergerak kehadapan seiring dengan negara-negara maju
yang lain. Pengusaha IKS menggunakan
kemudahan teknologi lebih dari segala sumber lain untuk menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak pengguna dan untuk menghasilkan
keuntungan dan pendapatan yang lebih lumayan. Oleh itu, penting bagi IKS
mengambil langkah-langkah untuk memodenkan dan menambah baik mesin, peralatan
dan operasi mereka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Penggunaan
kemudahan teknologi dapat membantu
pengusaha IKS untuk mengetengahkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.
Keadaan ini membolehkan pengusaha IKS untuk meneroka pasaran baru dengan kos
yang minimum dan menjimatkan masa. Dengan menggunakan kelebihan teknologi
sebagai saluran jualan dan pemasaran yang berkesan, pengusaha dapat meyakinkan
pelanggan untuk membeli produk keluaran IKS disamping dapat meningkatkan
keupayaan IKS untuk mencari pelanggan baru, tempatan dan luar negara. Kelebihan
teknologi tersebut, membolehkan IKS menjadi lebih produktif dan cekap untuk
lebih kompetitif dalam meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi Negara.
Sesebuah IKS akan maju dengan ada
pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh
kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi
negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada
setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang
perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu
perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, IKS dapat membangunkan perusahaan
mereka terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat
untuk berkembang sehingga ke tahap global. Disamping itu juga, pinjaman yang
disediakan membantu untuk membuka peluang kepada golongan IKS yang sedia ada
mengembangkan perniagaan mereka selain dapat memenuhi keperluan dalam memulakan
perniagaan baru. Sebagaimana yang kita telah ketahui, IKS sering dikaitkan
dengan kekurangan dana untuk membeli teknologi. Bagaimanapun, ini semua akan
berubah dengan adanya bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada
IKS. Hasrat kerajaan untuk melihat IKS terus berkembang maju menyebabkan
pinjaman dari segi kewangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam jumlah yang
lebih banyak